Strangeness and charm
1
2
3



Semua manusia ada keinginan , dan mestinya mereka ingin keinganan mereka dipenuhi . Bergitu juga aku . Tapi semuanya tak seindah yang disangka . Dunia tak selamanya siang , bungan tak selalunya mekar , air tak selalunya pasang . Namun disebalik semua itu , pasti Allah hadirkan sesuatu yang hebat . Hujan . Ada yang suka ada yang tak suka akan kehadirannya . Mengapa Allah masih turunkan hujan walaupun Allah tahu ada manusia yang tidak sukakannya . Tapi kemudian Allah keluarkan pelangi , bunga dan tumbuh tumbuhan menjadi semakin segar , suasana menjadi teduh dan sejuk . Ini bukti bahawa setiap benda buruk yang berlaku tetap akan ada baiknya .

Dalam hidupku , aku mengharap seseorang will come along and tell me why my life would be meaningless without him . But i cant find it yet . How i wish i would have some squad , at least A friend that would be my twinnie . Do stupid thing together , cry together , laugh together , if something happen we wouldnt blame each others , someone who would sit quitely and listen to my story , problem , and all . Some one who will bring me up when everyone was kicking me down .

Tegurlah aku bila aku salah , bukan pertikaikan . Cara aku layan kau adalah persis cara kau layan aku . Kau tak kan sedar cara kau layan aku sebab tak ada lagi dalam dunia ni ada manusia yang nak mengaku dia salah . Walaupun kau rasa apa yang kau buat tu betul pada pendapat kau , and let me tell you this . Setiap orang pendapat dia tak sama . Aku layan kau macam mana aku rasa aku nak layan kau berdasarkan perangai kau .



Sampai bila ?
♣ 0

Aku tau aku ni tak sempurna , dan aku pun tak harap kau untuk jadi org yang sempurna 100% untuk aku .Tapi itu  bukanlah bermaksud kau terus jadi org yg tak boleh pakai . Dulu aku percaya , lepas itu kau khianati . Ko minta getback , kata kau bukan bermaksud ludah jilat balik tapi tu tanda Allah bagi peluang untuk kau perbaiki salah kau yang dulu . Masalah aku tak rasa pun kau perbaiki salah kau tu sampai sekarang . Walaupun mak , abang and bestfriend aku sendiri tak berapa setuju dengan keputusan aku untuk bagi peluang kedua kat kau , aku still bagi . Sebab apa ? Sebab aku sayang kau .


   Tapi ternyata aku diperbodohkan lagi . Kau tahu , aku banyak cuba untuk faham kau . Kau cakap kau jenis tak berapa suka msj 24/7 , ok aku ikut je . Even aku rindu kau aku sabarkan hati aku sebab aku taknak kau rimas dengan sikap aku . Sebab aku taknak kau tinggal aku . Kawan aku cakap yang kau layan membe kau tu lebih mcm awek berbanding cara kau layan aku . Aku diam . Aku backup kau kat kawan aku . Tapi kenapa kau buat aku mcm ni lagi ? Apa lagi kurangnya aku kat mata kau ?

  Kau selalu tinggal aku dan kadang-kadang layan aku agak teruk . Tapi bila sembang dengan kawan-kawan aku , aku selalu puji kau . Aku jaga aib orang yang aku sayang . Aku tahan rasa aku bila tengok kau abaikan aku dan lebihkan membe kau yg sorang tu . Tapi bila fikir balik sampai bila aku nak jadi mcm nikan ? Org selalu pertikaikan bila lelaki tinggal kejup perempuan tertarik dekat lelaki yg caring dekat dia . Aku juga perempuan . Benda ni pun jadi dekat aku . Tapi demi kau aku kawal benda ni dri jadi kat aku . Tapi sampai bila aku kena buat semua ni .

   Untuk kesekian kalinya aku give up dengan kau . Seriously .



Life again
♣ 0

After a long way ... Very long ... Selepas semua halangan yang aku hadapi , aku adalah aku yang sekarang . I've wake up more better then before .More better for you to tear me apart again . Sejak akhir-akhir ini aku mendapat satu ketenangan yang jarang aku dapat sebelum ini . Satu ketenangan yang membuatkan aku sangat rindu akan orang-orang yang aku sayang . Ketenangan yang membuatkan aku teringat akan hamba-hamba allah yang pernah berjasa dengan IKHLAS kepadaku suatu ketika dulu .

  Kini aku sedar , sebelum ini sudah ramai manusia yang baik telah hadir dalam hidup aku . Cuma baru kini aku sedar akan kehadiran mereka suatu ketika dahulu yang sering aku abaikan . Dalam aku mengapai satu ketenangan , aku kembali diuji dengan satu peristiwa yang amat rumit dan mengelirukan . Berdasarkan pengalaman , aku seharusnya mengapaikan sahaja peristiwa itu dari berulang . Tapi aku tidak tahu kenapa hati aku masih berdegil untuk mencuba menghadapi peristiwa itu kembali . Hm



Cinta
♣ 0

Assalamualaikum , Cinta dan Kahwin berada didalam satu landasan yang sama . Sesiapapun yang merasakan cinta pasti mahu berakhir dengan sebuah perkahwinan bukan ?
Cinta . Tiada siapa yang boleh lari dari ia . Semua manusia bahkan haiwan sekalipun memerlukan cinta dan pasti akan merasakannya . Cinta . Apa itu cinta ? Setakat ini bukan semua orang yang merasai cinta dapat menjawabnya . Sebab ? Kata mereka cinta itu bukan untuk dilihat tetapi untuk dirasa . Tapi mengapa ada diantara kita yang menderita dan sengsara kerana cinta ? Apakah itu semua salah 'cinta'?
     Sebagai orang yang beragama islam , bagi aku lah . Kita kena faham konsep bila kita meletakkan Allah yang satu dalam hati kita , Dia memberikan lebih dari baik sebagai balasan korang faham tak konsep ni ? Ya , mula-mula aku pun tak berapa faham konsep tu . First sbb aku ni bukan lah baik mana pun dari segi agama , tapi ada satu haritu aku tertengok video pre-wedding irma hasmie dgn redza . Then i realize something . Nak tengok ke video tu ? Tengok kat sini ye :) .
   Dulu mak selalu pesan , bila sembahyang doalah supaya dapat suami yang soleh , keluarga mertua yang baik , anak yang soleh dan solehah . Tapi aku pelik juga sebab aku rasa macam awal sangat je untuk aku doa semua tu . Nanti nampak macam gatal pulak kan ? hehew . Tapi kata mak , bukan gatal . Tapi bersiap sedia mendoakan untuk masa depan nanti .
  Ramai orang yang aku kenal selalu komplain kenapa bf/gf dorang takreti nak hargai dorang lepas macam-macam pengorbanan dah dorang lakukan . Time tu aku sebenarnya aku pun pelik , kenapa erk relationship dorang macam tu ? Padahal dorang tu dah cukup sweet pada mata aku . Tapi aku lupa memandang dari segi lain . Iaitu apa pandangan allah terhadap hubungan mereka itu . Ada orang yg couple , saling mengingati satu sama lain suruh sembahyang , buat baiklah . Tapi itu semua adakah mencukupi kalau dihati mereka tiada allah ? Malas nak ulas lanjut , kita sepatutnya makin meningkat usia , makin matang , makin boleh berfikir , makin boleh membezakan mana baik mana buruk . Tapi kita sekarang ini , lebih rela berfikir mengikut nafsu dan trend terkini . No comment , sebab aku pun tak perfect .



Alone tu bukan lonely
♣ 0

Assalamualaikum . Sejak sem 2 ni , ramai orang bertanyakan dan mempertikaikan keputusan aku untuk menjauhkkan diri dari beberapa orang yang 'sepatutnya' rapat dengan aku . They always asked me ' Why you do that ? ' 'why you do this?' 'why you treat them like that ? ''Why you say this ?' . why and why and why .

Pernah tak dorang terfikir untuk tanya aku ' What happen to you till you make this dicsion ?' Orang sibuk tanya kenapa , tapi kenapa dorang tak pernah tanya apa yang terjadi ? Menilai dengan apa yang dilihat adakah sama dengan apa yang sebenarnya berlaku ? Wahai hamba Allah yang amat 'prihatin' , pintaku satu . Jika anda semua sememangnya prihatin , sila jauhkan diri anda dari 'kes'ni . Jangan ambil tahu pasal apa yang jadi dekat aku , sebab ianya langsung tak mengusik kehidupan peribadi anda kan ? Jadi tidak perlu bersusah payah , memaksa otak anda berfikir untuk membuat kesimpulan tentang hidup aku .

  Jangan risau , aku tak marah ? Cuma terasa sikit je . I love being alone . Im the type of person who enjoys being alone . I like to walk home alone with my music and my thoughts . I like to stay home alone Friday nights . I just like quiet and time to myself . Tapi ada seorang hamba allah ni pernah cakap dekat aku , bahwa Rasulullah sendiri pernah berpesan untuk kita bersahabat atau mencari sahabat . Tapi dia lupa sesuatu perkara . Rasulullah juga pernah bersabda“Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk''

     Apalah gunanya berkawan ramai , tetapi tidak satu pun diantara mereka membawa kebaikan dalam kehidupan kita . Jika bersahabat dengan mereka membuatkan kita berubah menjadi sesuatu yang tidak baik mengapa perlu kita terus melakukan itu . Tidak dinafikan , ramai yang menggunakan ayat " Kau ni campurlah dengan orang ramai sikit . Nanti kau mati , sapa nak uruskan mayat kau kalau bukan kami ? " untuk menghentam manusia-manusia yang jenis tak bercampur dengan orang ini . Wahai manusia , mati itu pasti . Itu semua sudah tertulis , tapi apa hak anda untuk mempertikaikan apa yang bakal terjadi selepas kami mati ? Bukankan allah sudah menjanjikan , jika baik amal ibadatnya , maka baiklah ganjarannya . Bergitu juga sebaliknya . Cara kita meninggal dunia , dan apa yang terjadi seterusnya semua sudah ditulis oleh allah . Apakah kau mahu meminta kami untuk membalas budi kalian yang mungkin suatu hari nanti menguruskan jenazah aku ? Hm , entahlah . Sendiri fikir . Aku ni bukan lah golongan-golongan muslimah . Masih belajar dan masih lagi melakukan banyak kesalahan . Oleh itu , aku cuba sedaya upaya untuk mengawal diri aku dari semakin terlena dengan duniawi yang sering menjanjikan keasyikan dunia sahaja .

  Ramai juga yang mempertikaikan aku , yang seolah-oleh tidak reti berkawan . Sikit-sikit mak , sikit-sikit abah , sikit-skit abang lah , adik lah . Mohon orang yang mempertikaikan tu dengar sini baik-baik ! Siapa yang ada disaat bangkit , jatuh , sakit , sedih dan berjayanya aku jika bukan mereka ? Jadi setelah Allah swt menghadirkan aku insan sebaik mereka , mengapa perlu aku membuang mereka untuk orang-orang yang belum tentu mendoakan aku semasa ketiadaan aku nanti ? Aku tak pernah pertikaikan korang kalau korang cop aku sombong , tak reti berkawan , anak mak , anak abah , adik abang , kawan tak kenang jasa , betina and what so ever . Tapi satu je aku nak pesan . Jangan cari aku balik lepas kau dah ludah aku , sebab ada kemungkinan besar time tu aku bukan takat ludah kau balik malah aku akan buat benda yang lebih teruk dari tu . Seperti ayat yang selalu aku guna , aku bukan malaikat .

  Entry aku kali ni bukanlah nak mengecop korang tu sebagai kawan yang tak baik dan tak membawakan apa-apa kebaikan dalam hidup aku . Satgi terasa pulak dah . Ada kebaikan yang kau terapkan dalam hidup aku . Namun mungkin atas kesalahan dan kekurangan aku sendiri mahupun korang sendiri yang membuatkan aku sudah tidak selesa lagi berada disekeliling korang . Kadang-kadang korang terasa dengan sikap aku , aku minta maaf . Kadang-kadang aku terasa dengan sikap korang , aku maafkan . Tapi satu pesan aku , kalau kau bersalah jangan terus asyik minta maaf tanpa mention apa salah kau . Sebab aku tau cara kau minta maaf tu atas alasan aku nampak bersalah dalam hal ni . Aku nasihat kau matang lah sikit , buang perangai budak-budak kau yang pantang usik sikit terus melenting . Masing-masing dah besarkan ? Tak suka aku ? Minta tolong pergilah jauh-jauh sebab aku pun tak pernah paksa korang untuk suka aku . Niat aku datang Poli , nak belajar . Selagi korang tak ganggu aktiviti pembelajaran aku , teruskan dengan kegiatan korang . Macam ko selalu cakap , Allah tu ada . Jadi dia tahu apa yang aku buat , bergitu juga apa yang KAU BUAT :D Bye , assalamualaikum .

  



Abah
♣ 0

I cannot think of any need in childhood as strong as the need for a Father's Protection , Aite ? They say  that from the instant he lay eyes on her , a father adores his daughther . Whoever she grows up to be , she is always to him that little girl in pigtails . She makes him feel like blessed . In exchange , he makes a SECRET PROMISE no to see the awkwardness of her teenage years , the mistakes she makes or the secrets she keeps .

A dad or which i called Abah , is someone who holds me when i'm cry , scolds me when i'm breaking the rules , shines with pride when i'm succeed and has faith in me even when i'm fail . Abah , one of the reasons why i love you damn much because i know there is at least one man out there who will never hurt me .

      My abah is a man like no other . He gave me life , nurtured me , taught me , dressed me fought for me , held me , shouted at me , kissed me , but most importantly loved me unconditionally . There are not enough words i can say to describe just how important my father was to me , and what a powerful influence he continues to be , i will always love you dad .

    Sejak dulu , abah selalu larang aku dari pergi berjalan jauh-jauh . Such as tidur rumah kawan yang diluar kawasan kejiranan aku , ikut membe over night and all lah . Nak pergi lawatan pun dah masuk sekolah menengah atas baru boleh join . Dulu aku selalu tak puas hati pasal benda ni . Aku selalu cakap dekat emak yang abah ni yang tak adil sebab abang dengan adik aku boleh je pergi memana dorang nak , tapi aku tak boleh ! Aku geram sangat sampai rasa nak lari rumah . Almaklumlah gelora remaja kuat sangat dalam badan , tapi aku tak larilah sebab aku dah agak aku tak akan boleh hidup tanpa MakAbah aku . HAHA . Tapi still pertikaikan keputusan abah aku . Abah pun selalu marah kalau aku rapat dengan mana-mana lelaki , bila aku ada pakwe abah membebel macam-macam . Tapi takdelah marah teruk sampai paksa aku suruh putus . Bila duduk dengan abah and time tu aku tengah mesej dengan sesiapa mesti abah marah . Abah mesti cakap " Kau boleh tak simpan phone kau , bila duduk dengan mak abah fokus kat kami . Tak yah sibuk dengan telefon tu ! " Ok sentap . haha .

  Mak selalu jawab macam ni bila aku membebel pasal benda tu " Abah kau tu terlebih sayang kau . Dia nak kau duduk je bawah ketiak dia . Takut anak perempuan dia lari  " walaupun rasa bangga juga dengar jawapan dari mak aku but still kekadang tak puas hati juga . Hahaha , biasalah nafsu gelora jiwa remaja . Disini aku nak tegaskan , no matter where i go in life , who i get married to , how much time i spend with guys , how much i love my boyfriend , you'll always be my number one man ! i love you Abah !



My choice .
♣ 0

Broken friendship . Its never disturb me before . And i never think i would be . I dont know how it feel and i dont even want to know !

Dear friend ,
  Aku tak pernah bermaksud nak mematikan hubungan persahabatan kita atau apa-apa yang hampir sama maksud dengannya . Tetapi keadaan dan ego kita masing-masing yang menyebabkan kita sendiri jadi bergini . Kau boleh salahkan aku , dan aku juga boleh salahkan kau . Kita boleh saling menyalahkan sesiapa tetapi ianyan tak akan ada penamatnya .


     Tak pernah sedetikpun aku nafikan yang kau adalah teman yang baik . Namun oleh sebab hal-hal yang tertentu dan bisikan-bisikan manusia yang berhati busuk ni kau turut terleka mengikuti mereka . Bergitu juga aku , mungkin . Namun , kita masing-masing sudah dewasa . Janganlah terlalu menurut ego dewasa kita . Kelak kita sendiri yang merana .

   Namun , jujur kukatakan aku bergitu kecewa dan terasa hati dengan apa yang telah engkau lakukan sekarang ini . Aku seakan-akan sudah tidak mengenali siapa diri kau yang sebenarnya . Kau dah lain . Aku tidak salahkan kau untuk perubahan itu kerana setiap manusia perlu berubah untuk kebaikan masing-masing . Oleh itu aku harap kau juga mengerti akan berubahanku ini . Juga tidak aku nafikan aku rindu kenangan-kenangan kita yang lalu , masa-masa berharga yang penuh dengan gelak tawa . Namun , sudahlah . Aku tidak terfikir untuk mengulangi itu lagi . Biarlah aku bergini sahaja .

Dear my other friend ,
    Kau yang paling mengecewakan aku . Ternyata kini kau menunjukkan rupa sebenar kau . hahaha . Aku terkejut hampir nak jadi beruk . APa pun tahniah kerana akhirnya kau berjaya menjadi diri sendiri yang dimana diri kau itu sudah tidak sesuai dengan aku . Namun satu aku bangga dengan kehebatan kau . Kau sangat pandai berpura-pura . Its funny macam mana kau boleh kutuk aku kat belakang dan bila depan aku ? kau umpama bidadari yang tidak ada cacat celanya .
  Membesarlah kawan , gunakan otak jangan ikut nafsu . Sikap kau tu yang buat orang meluat dengan kau . Termasuk aku . Tolong cakap serupa bikin . Jangan tunjuk hebat sangat . Aku takut nanti aku layan kau setimpal dengan cara kau patut dapat layanan . Seriously cakap , aku sekarang dan makin tak suka kau . hahaha . Nampak macam jahat kan ? Tapi ingat balik apa kau buat kat aku sampai aku cakap semua benda ni kat kau ! Think again !




◄ older

newer ►