1
2
3
✛
Judge ,
Judge ? Menghukum ? Mengadili ? Mempertikaikan ? Ianya adalah habit rasmi masyarakat kita sekarang ini . Ianya kini menjadi trend dan ikutan sehinggakan kadang kala kanak-kanak turut mencontohi perkara yang tidak patut mereka contohi itu . Merpetikaikan setiap keputusan yang orang buat adalah tidak aneh dalam kehidupan seharian kita . Manusia dibumi Allah swt ini tidak pernah lelah dan mengenal erti jemu untuk mengadili orang lain . Mereka seringkali mempertikaikan setiap perkara seolah-olah mereka seorang hakim yang bijaksana dan maha mengetahui segalanya . Astaghfirullahaladzhim ! Aku tidak nafikan kadang kali aku sendiri melakukan itu .
Sebagai seorang manusia , mereka panas duduk jika sehari tisak bersembang tentang orang lain . KIta seharusnya sedar bahawa setiap orang hidupnya berbeza . Dugaannya juga berbeza-beza . Jadi kita tidak boleh sewenang-wenangnya mempertikaikan sesuatu keputusan orang lain tanpa berada didalam situasi mereka . Aku juda pernah diadili leh orang sekeliling tanpa diusul periksa . Aku faham benar akan kesakitan yang dirasakan apabila setiap keputusan dan tindak tanduk kita dipertikaikan oleh 'mereka' . " Kenapa dia buat macam tu ? " " EEee , teruknya perangai dia . " " tak sangka perangai sebenar dia macam tukan " ianya adalah dialog yang sering diguna pakai untuk memulakan bab-bab gossip dan penilaian terhadap seseorang . Macam mana aku tahu ? Sebab aku pun pernah buat . HAHAHA . Jadi disini aku sarankan , kurang-kurangkanlah menilai orang dan lebihkan menilai diri sendiri . Bukan apa , aku risau jika suatu hari nanti kau pula akan diadili orang lain atas sebab yang sama .