Strangeness and charm
1
2
3



Kenangan .
♣ 0


       Assalamualaikum , dan salam ramadhan . Entry kali ni aku tujukan khas buat insan yang pernah menjadi insan teristimewa dalam hidup aku suatu ketika dulu . Used to but not anymore .  Insan yang pernah mendapat tempat dihati aku suatu ketika dahulu .

Sang mantan ,
       Ketahuilah , engkau adalah manusia terhebat yang aku pernah kenal . Selain bapak aku ye . HEHE . Kesabaran kau yang sentiasa tinggi waktu melayan kerenah aku , memang tidak ada orang pernah buat dekat aku . Kau memang baik , walaupun ada kekuranganya kadang-kadang . Tapi normallah , nobody perfect right ?

     Terima kasih kerana menegur aku , tak kala aku lalai dan hanyut dalam dunia yang mementingkan diri sendiri ini . Kau banyak mengajar aku tentang kehidupan yang aku tak pernah tahu . Kau ajar aku erti berdikari , walaupun sekarang aku masih tak berapa berdikari lagi . Kalau boleh tiap minggu cuti aku nak balik rumah , melingkar dekat mak dengan abah aku . haha . 

Sang mantan , 
    Aku minta maaf kerana terpaksa mengakhiri hubungan kita dengan sebagai teman sahaja . Maaf selepas semua pengorbanan kau , hati aku tetap tidak memilik kau . Maaf kerana membuang masa kau sepanjang hampir 6 bulan menjaga aku , dan pengakhirnya .... Kita macam ni . Aku harap kau masih sudi berkawan dengan aku , dan aku doakan kau dapat buang perasaan kau dekat aku .

    Sepanjang aku kenal kau , banyak suka duka yang kita lalui bersama . Yet , you never leave me alone . Yah , thanks for that . Percayalah , kenangan kita tak akan aku lupa . Pengenalan kita merupakan salah satu kenangan manis yang pernah tercipta dalam hidup aku . Terima kasih , sang mantan . Harap kau boleh berkawan dengan aku , sebab kalau tak . Aku tak mampu nak menghadapi kau lagi . Perasaan aku kini , aku hanya menganggap engkau sebagai teman yang terhebat . Assalamualaikum .

Ceh , aku rasa macam sasterawan plus puitis ! BYEbYe ...
        



◄ older

newer ►