1
2
3
✛
Bersendiri bukan menyendiri
Assalamualaikum dan selamat hari raya . Rasanya masih sempat aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin , kan ? Hehew . Ok back to the topic ! Aku nak tanya , pernah tak korang rasa dalam ramai-ramai kawan korang tak ada seorang pun yang tak membosan kan atau dalam erti kata lain korang rasa bosan bila sembang dengan dorang padahal sebelum ni tak pun . Atau pun normallah orang cakap , korang dikerumuni ramai kawan yet korang rasa kesunyian . Mesti pernah kan , kan kan ?
Aku pun pernah . Sedihkan bila kita rasa macam tu , time tu kita rasa macam nak lari jauh-jauh atau yang selalu aku lakukan ialah tidur . Aku kalau boleh nak tidur je supaya aku tak perlu berhadapan dengan dorang . Tapi mak aku cakap umur aku yang sekarang ni bukanlah masa untuk aku lari dari masalah macam aku selalu buat tu . Hehe , sekarang masa untuk aku faced the problem !
Aku sejak sem 1 , eh bukan memang sejak dulu aku selalu rasa macam tu . Lebih-lebih lagi time sem 1 . Tapi aku tak jumpa jalan keluar untuk masalah tu , thanks to my ex roomates yang mengajar aku macam-macam yang menyedarkan aku akan sesuatu hakikat . kadang-kadang kita perlu bersendirian , bukan untuk menyendiri atau bersunyi tetapi untuk enjoy masa terluang kita dengan menjadi diri sendiri , mengutamakan diri sendiri , memuaskan hati sendiri , menghargai diri sendiri dan semua tentang diri sendiri . Bila berkawan kita mesti kena jaga setiap perilaku dan kata-kata kita kerana risau akan menguris hati mereka , kan ? Tapi sampai bila ? Adakah mereka juga menjaga hati kita setimpal bagaimana kita menjaga hati mereka ? Pasti tidak , kerana tiada siapa sempurna . Kawan-kawan kita bukan malaikat , mereka juga manusia seperti kita .
Jadi rasanya tak salah kalau kita meluangkan masa hanya untuk diri kita sendiri . Duduk sorang-sorang , pergi tempat yang mengembirakan atau menenangkan . Hargai segala nikmat yang Allah swt dah beri pada kita . Pujilah diri anda sendiri kadang kala , jangan selalu takut jadi riak . hehew . Berbangga dengan apa yang anda ada . Hargai nikmat hidup dengan diri anda sendiri . Dan yang paling penting , berhenti membeza-bezakan hidup anda dengan hidup orang lain . Bak kata L'oreal kerana dirimu bergitu berharga . Hargailah diri anda . The end , annyeeonggg !