Strangeness and charm
1
2
3



Pain
♣ 0

Ehem , ehem .. Assalamualaikum . Entry kali ni aku nak cite pasal sakit , kesakitan and the gang . Nak dijadikan cerita , pagi tadi aku bangun lebih awal dari selalu . Mungkin semangat nak pergi kelas ke apa , tah lah . Aku bangun pukul 6.30 am . Buka Tv3 , ada motivasi pagi dan aku pun dengarlah dan turut termotivasilah pagi tadi . 

Sakit . Kepayahan . Kita pasti akan melalui benda tu sebelum kita mencapai kesenangan ataupun kejayaan . Tapi 9/10 orang pasti akan mengeluh dan menbebel . " Ish kenapalah banyak sangat dugaan aku nak berjaya ni . " mcm nilah lebih kurang ayat dia . Mesti akan jadi macam ni , sebab aku pun selalu rasa mcm tu . Tapi sedar tak kita , dari zaman rasulullah dahulu lagi , mereka hanya akan mencapai kejayaan selepas mengharungi beberapa dugaan dan halangan . Para-para cendikiawan merasa kepayahan sebelum berjaya mencipta nama . 

     Cuba kita renung sejenak , apa yang kita rasa dan lakukan sewaktu kita sakit atau dalam kesusahan ? First of all mesti kita ingat Allah saw kan ? Walaupun kita bukanlah orang yang alim , confirm Allah saw lah yang pertama akan terlintas dikepala kita bila dalam kesusahan . Contoh bila kita tersangkut dalam jem , ayat apa yang keluar dari mulut kita ? ' Allah , jammed lah pulak ! ' see ? Am i right ? Hahaha . Sebenarnya sakit atau kepayahan ini diberikan kepada kita bersebab . Kita itu diuji oleh-Nya kerana mungkin kita sudah lama tidak menunaikan solat atau berdoa kepada Allah . Pasti Allah rindu mendengar rintihan kita . Oleh itu , bersyukurlah kerana anda diuji , itu tandanya allah masih sudi dan mahu mendengar doa dan rintihan anda semua . 

       Sakit dan kepayahan adalah dua benda yang sama , dimana apa bila benda itu terjadi pada kita ia akan membuat kita lebih rapat dengan Allah saw . Satu yang aku belajar dari kehidupan ini . Serapat mana pun kita dengan hamba Allah yang lain , disaat kita sakit , susah dan jatuh . Hanya Allah yang akan berada dengan kita . Oleh itu bersyukurlah kerana anda sakit . Bukan nak jadi ustazah , tapi ianya fakta kehidupan . The end , anyeonngg ! HAhahahaha .



◄ older

newer ►