1
2
3
✛
Cinta
Assalamualaikum , Cinta dan Kahwin berada didalam satu landasan yang sama . Sesiapapun yang merasakan cinta pasti mahu berakhir dengan sebuah perkahwinan bukan ?Cinta . Tiada siapa yang boleh lari dari ia . Semua manusia bahkan haiwan sekalipun memerlukan cinta dan pasti akan merasakannya . Cinta . Apa itu cinta ? Setakat ini bukan semua orang yang merasai cinta dapat menjawabnya . Sebab ? Kata mereka cinta itu bukan untuk dilihat tetapi untuk dirasa . Tapi mengapa ada diantara kita yang menderita dan sengsara kerana cinta ? Apakah itu semua salah 'cinta'?
Sebagai orang yang beragama islam , bagi aku lah . Kita kena faham konsep bila kita meletakkan Allah yang satu dalam hati kita , Dia memberikan lebih dari baik sebagai balasan korang faham tak konsep ni ? Ya , mula-mula aku pun tak berapa faham konsep tu . First sbb aku ni bukan lah baik mana pun dari segi agama , tapi ada satu haritu aku tertengok video pre-wedding irma hasmie dgn redza . Then i realize something . Nak tengok ke video tu ? Tengok kat sini ye :) .
Dulu mak selalu pesan , bila sembahyang doalah supaya dapat suami yang soleh , keluarga mertua yang baik , anak yang soleh dan solehah . Tapi aku pelik juga sebab aku rasa macam awal sangat je untuk aku doa semua tu . Nanti nampak macam gatal pulak kan ? hehew . Tapi kata mak , bukan gatal . Tapi bersiap sedia mendoakan untuk masa depan nanti .
Ramai orang yang aku kenal selalu komplain kenapa bf/gf dorang takreti nak hargai dorang lepas macam-macam pengorbanan dah dorang lakukan . Time tu aku sebenarnya aku pun pelik , kenapa erk relationship dorang macam tu ? Padahal dorang tu dah cukup sweet pada mata aku . Tapi aku lupa memandang dari segi lain . Iaitu apa pandangan allah terhadap hubungan mereka itu . Ada orang yg couple , saling mengingati satu sama lain suruh sembahyang , buat baiklah . Tapi itu semua adakah mencukupi kalau dihati mereka tiada allah ? Malas nak ulas lanjut , kita sepatutnya makin meningkat usia , makin matang , makin boleh berfikir , makin boleh membezakan mana baik mana buruk . Tapi kita sekarang ini , lebih rela berfikir mengikut nafsu dan trend terkini . No comment , sebab aku pun tak perfect .