Strangeness and charm
1
2
3



Friendship
♣ 0


           Apa berbezaan sahabat dengan kawan ? Selain cara ejaan dan sebutannya ? Sebenarnya ianya adalah dua kata yang sama cuma membawa maksud yang berbeza . Sahabat ni ada dua jenis . First , mereka yang tahu semua kisah suka dan duka kita . and second , the one who lived them with you . 

           Kalau dalam percintaan ada true love , dalam persahabatan ada true friend . Friend is the person that know we better than ourself . The one who will laugh when we're trying to make jokes . Even benda tu tak lawak pun sebenarnya . Tetapi dia akan jadi satu-satunya orang yang tetap ketawa untuk lawak kita pada waktu tiada seorang pun yang ketawa untuknya . 
            Sahabat ialah orang yang akan sentiasa ada di sisi kita sewaktu kita memerlukan mereka . Bukan hanya untuk menjadi listener untuk masalah kita . Tetapi untuk memastikan kita tidak berasa sendirian ketika menghadapi sesuatu musibah . Mereka juga bukanlah mendengar luahan hati kita untuk diperhebohkan , tetapi mendengar dan menyimpannya . Mereka mendengar untuk memastikan kita berasa lega selepas meluahkan segala perasaan yang terpendam dihati .
             Sahabat ialah orang yang mengenali setiap side dalam diri kita . Either good side , bad side , nice side or ugly side . Yet they still accept us as their friends , tanpa membuka aib kita kepada orang lain . Kadang kala mereka menerima kelemahan kita sebagai sesuatu kelebihan buat mereka . Merekalah satu-satunya orang asing yang begitu dekat dengan kita , yang sedia melayan otak gila kita bila kita rasa macam nak jadi gila , yang sudi mendengar nasihat dan teguran kita dan juga yang sudi memberi nasihat dan teguran buat kita . Bila kita berjauhan dari keluarga , merekalah yang akan menjadi keluarga kita . 

            Persahabatan kadangkala akan menjadi benda yang manis untuk dikenang berbanding percintaan . Cause friendship never ends with a sad ending . Jika anda mahu sahabat yang begini , anda harus orang pertama yang melakukan semua ini . Selamat mencuba 






◄ older

newer ►