1
2
3
✛
Gantung cinta ?
Janggjanggg ! Eh silap . Assalamualaikum . Harini aku nak shared dengan korang pendapat aku tentang gambar kat atas tu ^^^ . Faham tak apa maksud gambar dekat atas tu . Confirmlah , ada tulisan kan dekat situ . Kalau tak faham lagi , no comment lah ! Ok , jika awak cintakan saya , beritahu saya . Jika tidak , lepaskan saya pergi .
Hm , korang pernah tak alami situasi dimana korang luahkan perasaan korang dekat seseorang lepas tu dorang cakap tolong bagi dorang masa , bagi masa untuk dorang fikir . Ataupun dia cakap jadi kawan dulu , dan bila dia dah sedia untuk menerima anda barulah dia bagitahu . Dia lebih kurang mengantungkan cintalah . Situasi ni selalunya berlaku dekat lelaki , jarang jadi dekat perempuan . Sebab perempuan ni dia rasa serba salah sikit nak tolang cinta orang lelaki . Jadi dia guna lah cara tu . Sebenarnya cara 'mengantungkan cinta'ni salah , dan tidak patut digunakan jika hati dia sendiri tidak pasti tentang perasaannya terhadap si pengluah perasaan .
Sedarlah wahai orang yang digantungkan cintanya , jika dia benar-benar cintakan anda dia tak akan mengantung cinta anda . Sebab anda bukannye ajak dia kahwin pun sampai dia nak fikir lama-lama , fikir masak-masak lah konon . Bangunlah ! Sedar , bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor . Tak mati pun kalau cinta kita ditolak . Tolong elakkan diri anda dari menangih cinta pada yang tak sudi . Jika dia jodoh kita , dia tak akan kemana , Percayalah .
Dan nasihat aku untuk si pengantung cinta , berhentilah mempermainkan hati orang . Adakah pendirian diri anda . Sakit tau tak bila cinta kita digantung . Bila anda menggantung cinta seseorang itu , ibarat anda memberi sedikit harapan kepada mereka . Jika anda tidak mempunyai perasaan yang sama seperti dia . Easy , just say no ! Biar sakit sekarang dari sakit nanti . Terluka kerana kejujuran dan terluka kerana pembohongan adalah dua kesakitan yang berbeza . Tak seronok pun menggantung cinta orang ni , percayalah ! Aku bercakap berdasarkan pengalaman . HEHEW . byebye , anyeonggg !