1
2
3
✛
NICE
Assalamualaikum and a very good night , peeps . First of all , aku nak tanya apa definisi nice ataupun baik pada pendapat korang ? Bagi aku , nice is when somebody serve us as perfect as we want . Apa kita nak , dorang buat . Apa dorang buat tak akan menyakitkan hati kita . Mesti korang fikir benda yang sama kan ? Selalunya BAIK ni mesti bersangkutan dengan benda yang good-good je . Orang akan cakap " Eh , dia tu baik taw sebab selalu tolong aku buat kerja sekolah " tapi pernah tak korang dengar " Eh dia tu baik taw sebab semalam dia tak nak tolong aku time tayar beskal aku pancit " pernah dengar tak ?
Kalau ada pun maybe dorang perli sahaja . Wahai saudaraku , fahamilah hakikat hidup dimana bukan semua orang akan melayan kita sebagaimana yang kita harapkan . BAIK itu mempunyai pelbagai maksudnya sendiri yang mungkin akan berubah mengikut keadaan .
Malam ni aku nak cerita pasal satu kisah , yang watak utama dia ni aku namakan sebagai Enot .
Enot , gadis remaja yang biasa . Sama seperti kawan-kawannya yang lain . Sejak kecil dia didik dengan ayat ' Biar orang buat kita , jangan kita buat orang' . Dalam persahabatan Enot sering mencuba sedaya upayanya untuk memuaskan hati kawan-kawannya yang juga kadang kala banyak membantunya . Jika ditegur , dia menerima . Jika dimarah , diredha . Jika bergaduh , dia mengalah . Namun , seperti tadi dia juga gadis biasa yang inginkan kehidupan normal seperti orang lain . Baginya sahabat adalah yang terbaik untuk didamingi .
Namun dia tidak sedar satu perkara , sahabatnya juga seorang manusia . Mereka tidak sempurna , kadang kala baik , kadang kala tidak . Mereka juga tidak sepenuhnya boleh menerima kekurangan kita. Bergitu juga Enot . Kehidupan barunya telah mengajar dia untuk lebih berdikari , dimata orang lain dia kelihatan agak kejam kerana dia sedikit menjauh dari sahabatnya yang pada mata dunia sering berlaku baik pada Enot . Namun manusia dan dunia tidak pernah menyelami apa yang Enot rasa dan hadapi . Sahabatnya juga mungkin tidak sedar akan kesalahan yang mereka sendiri lakukan .
Enot mengambil jalan mudah dengan memaafkan sahabatnya , melupakan semuanya dan memulakan hidupnya yang baru . SENDIRI . Bukanlah bererti dia bagai kacang melupakan kulit . Tapi dia mahu berhenti menyakitkan hati hamba allah yang lain . Ah , manusia . Mereka tidak pernah mengerti dan cuba memahami apa yang terjadi . Mereka tidak suka menyiasat tetapi suka membuat kesimpulan .
Ini je aku nak kongsi malam ni , sekadar meluang masa yang kosong . Tiada niat mahu menyakiti hati sesiapa . Cukuplah Allah sebagai penemanku . Assalamualaikum and anyeeongg . hehew .


“I am awfully greedy , I want everything from life. I want to be a woman and to be a man, to have many friends and to have loneliness, to work much and write good books, to travel and enjoy myself, to be selfish and to be unselfish… You see, it is difficult to get all which I want. And then when I do not succeed I get mad with anger.”
“This is how you do it: you sit down at the keyboard and you put one word after another until its done. It's that easy, its like you throw your feeling towards your finger ”