1
2
3
✛
Truth
Antara kebenaran dan pembohongan ,
Dizaman yang semakin canggih ini , aku tertanya-tanya .
Berapakah nisbah perbezaan antara kebenaran dan pembohongan ?
Its 2:8 . Pembohongan telah berjaya mengalahkan kebenaran . Hahaha .
Mengapa dunia sekarang makin senang menyebarkan pembohongan berbanding kebenaran ?
Kerana manusia sekarang lebih senang menerima pembohongan berbanding kebenaran .
Kerana manusia sekarang sering lena dibuaikan mimpi-mimpi pembohongan yang mengasyikkan
berbanding kesedaran kebenaran yang sedikit menyakitkan .
Walaupun hati kita memberontak inginkan kebenaran walaupun ianya bakal menyakitkan ,
Tapi kita sendiri tidak dapat menyakal bahwasanya otak kita terus berfikir sebuah pembohongan yang akan melegakan hati kita .
Mengapa kita menolak sakitnya kebenaran sedangkan sebenarnya indahnya pembohongan itu tidak lama ?
Mengapa kita benci fakta kebenaran dan menerima khayalan pembohongan ?
Ianya kerana sudah hilangnya sikap redha dalam diri kita .
Mengapa Allah mengatakan Sabar itu separuh dari pada iman ?
Kerana jika tiada sabar hilanglah kewarasan akal kita .
Jika kita tidak sabar menerima pahitnya kebenaran maka kita akan mati dalam kesamaran pembohongan yang tiada kesudahannya .
Aku juga pernah dibohong dan berbohong ,
Aku juga pernah menolak kebenaran kerana benci akan kepahitannya ,
Kerana aku sering dimanjakan dengan dunia khayalan yang dicipta dengan pembohongan .
Kini , berkat bantuan bekas roomateku , doa ibu bapaku dan hidayah dari Allah .
Aku mula belajar menerima kepahitan kebenaran ,
Tetapi satu yang aku baru sedar , pahitnya kebenaran tidak kekal lama kerana ianya akan berubah menjadi suatu kemanisan yang berkekalan .
Sedangkan kemanisan pembohongan ?
Ianya hanya kekal selama kebenaran masih belum terbongkar .
P/S saya , think twice before you did or say anything .
Terlajak perahu boleh diundur bro !


“I am awfully greedy , I want everything from life. I want to be a woman and to be a man, to have many friends and to have loneliness, to work much and write good books, to travel and enjoy myself, to be selfish and to be unselfish… You see, it is difficult to get all which I want. And then when I do not succeed I get mad with anger.”
“This is how you do it: you sit down at the keyboard and you put one word after another until its done. It's that easy, its like you throw your feeling towards your finger ”