1
2
3
✛
TIRED
Assalamualaikum . Penat ? Lelah ? Sebab apa ? Penat ni berasal dari dua aspek . Aspek pertama ialah penat fizikal , untuk ini kita perlu tidur dan rehat yang cukup untuk mengembalikan tenaga seperti sedia kala .
Aspek kedua pula ialah penat mental . Untuk ini juga kadang kala kita sangat memerlukan waktu tidur yang agak lama berbanding sebelum ini . Kenapa ? Supaya kita memberikan rehat untuk otak kita . Supaya kita boleh melarikan sebentar diri kita daripada kehidupan yang amat memeritkan ini .
Ini pasti dilalui oleh semua orang , tidak kira peringkat umur . Lebih-lebih lagi kalian yang berada dialam remaja . Dan inilah yang sedang aku hadapi sekarang . Bukan sahaja sekarang , malah sedari dulu
Dizaman yang serba moden ini mengapa masih wujud orang yang iri hati akan kejayaan atau kelebihan orang lain ? Mengapa mereka yang bersikap tidak pernah berpuas hati dengan diri sendiri masih belum pupus dimuka bumi ini ?
Aku penat dan pelik dalam masa yang sama . Kenapa korang tak pernah jemu berbuat sesuatu yang buruk kepada aku ? Apa korang tidak mengenal lelah ? Kan lebih senang kalau korang datang face-to-face dengan aku dan jelaskan semuanya , Jangan merungsingkan kepala aku yang sememangnya tak suka dirungsingkan ni boleh tak ?
Dan kepada anda wahai teman , jika kalian teman aku pasti korang tahu siapa aku , jadi perlu ke kau dengar cakap si mulut buaya ni dan terus mempercayai dan meragui aku ? Ah , dia itu mulut buaya . Ada saja cara dia ingin membelit kalian . Hahaha , ternyata si mulut buaya itu membantu aku untuk mengenali siapa kawan aku yang sebenarnya . Terima kasih si mulut buaya .
Setakat ini je entry aku , aku nak rehat . Penat . Assalamualaikum