1
2
3
✛
Manusia ke ?
Hebatnya manusia yang bertopengkan syaitan ini . Mereka hebat dalam berkata-kata dan berperilaku . Mereka berperilaku seperti malaikat , berkata-kata seolah ustazah/ustadz tetapi niat sebenar mereka umpama seorang ahli sihir ! Apa yang mereka mahukan ? Mereka mahukan orang disekeliling mereka untuk tunduk sujud dikaki mereka .
Mereka ini ialah orang yang tidak pernah puas akan apa yang dimilikinya . Merekalah orang yang tamak akan bayang-bayang sendiri . Mereka mengucap tanpa memaksudkannya , menzahirkan tanpa niat yang sebenar . Mereka mencari dan merayu demi kepuasan diri , tetapi mereka tidak pernah bersyukur .
Setiap detik mereka ketawa . Tapi untuk apa ? Mereka sendiri tidak tahu . Mereka sanggup melakukan apa saja asal mereka tertawa riang . Pernahkan mereka mengenali erti kebenaran ? Tidak . Mereka benci kebenaran yang mereka fikir ada kemungkinan akan menjatuhkan mereka dan menyebabkan mereka dipersalahkan .
Salah faham ? Hm , benda itu umpama satu kesimpulan buat mereka . Mereka menganggap salah faham dengan seseorang itu ialah satu kesimpulan dimana ianya akan menjatuhkan orang itu dan menyebab mereka menang ! Tetapi bila salah faham itu berlaku kepada diri mereka sendiri ? Mereka akan berdiri . Bukan sahaja untuk menengakkan bahawa mereka tidak salah . Bahkan mereka akan menegakkan kebenaran bersama angin yang penuh didalam kepala dan badan mereka . Ketika itu mereka bukan berbincang tetapi mereka ingin melempiaskan marah dan rasa tidak puas hati mereka kerana mereka terus dipertikaikan .
Tetapi sedarkah mereka bahwasanya itu jugalah yang dilakukan mereka pada orang lain ? Orang yang tidak bersalah ? Astaghfirullahaladzim . Carilah jalan kebenaran sebelum jalan salah itu sudah menjerutmu wahai saudaraku . Juga peringatan buat diriku sendiri . Mencegah lebih baik dari mengubati right ?