1
2
3
✛
TIRED
Assalamualaikum . Penat ? Lelah ? Sebab apa ? Penat ni berasal dari dua aspek . Aspek pertama ialah penat fizikal , untuk ini kita perlu tidur dan rehat yang cukup untuk mengembalikan tenaga seperti sedia kala .
Aspek kedua pula ialah penat mental . Untuk ini juga kadang kala kita sangat memerlukan waktu tidur yang agak lama berbanding sebelum ini . Kenapa ? Supaya kita memberikan rehat untuk otak kita . Supaya kita boleh melarikan sebentar diri kita daripada kehidupan yang amat memeritkan ini .
Ini pasti dilalui oleh semua orang , tidak kira peringkat umur . Lebih-lebih lagi kalian yang berada dialam remaja . Dan inilah yang sedang aku hadapi sekarang . Bukan sahaja sekarang , malah sedari dulu
Dizaman yang serba moden ini mengapa masih wujud orang yang iri hati akan kejayaan atau kelebihan orang lain ? Mengapa mereka yang bersikap tidak pernah berpuas hati dengan diri sendiri masih belum pupus dimuka bumi ini ?
Aku penat dan pelik dalam masa yang sama . Kenapa korang tak pernah jemu berbuat sesuatu yang buruk kepada aku ? Apa korang tidak mengenal lelah ? Kan lebih senang kalau korang datang face-to-face dengan aku dan jelaskan semuanya , Jangan merungsingkan kepala aku yang sememangnya tak suka dirungsingkan ni boleh tak ?
Dan kepada anda wahai teman , jika kalian teman aku pasti korang tahu siapa aku , jadi perlu ke kau dengar cakap si mulut buaya ni dan terus mempercayai dan meragui aku ? Ah , dia itu mulut buaya . Ada saja cara dia ingin membelit kalian . Hahaha , ternyata si mulut buaya itu membantu aku untuk mengenali siapa kawan aku yang sebenarnya . Terima kasih si mulut buaya .
Setakat ini je entry aku , aku nak rehat . Penat . Assalamualaikum
Sabar / Sabr / Patience
Assalamualaikum wtb .
Sabar . Manusia didunia ini diuji dengan kesabaran mereka . Iman mereka juga diuji allah dengan kesabaran . Begitu juga aku . Aku juga diuji dengan kesabaran , setiap hari , dengan pelbagai cara . Pernah sekali aku kalah dan jatuh dalam ujian kesabaran itu . Aku gagal mengawal kesabaranku dan membiarkan syaitan yang mengawalnya . Akhirnya semua hancur . Astaghfirullahadzhim .
Namun , setiap orang mempunyai had kesabarannya sendiri . Aku juga tidak terkecuali . Tapi aku pernah menbaca satu statement yang berbunyi " Jika kita mula hilang kesabaran ingatlah semula bertapa sabarnya Allah dengan kita " .
Walaubagaimana pun , manusia yang sedang berada dialam remaja ini sering gagal mengawal kesabaran dan kemarahan mereka sendiri . Darah muda remaja yang mengalir didalam tubuh mereka membuatkan mereka ego untuk bersabar yang bagi mereka sama erti dengan mengalah . Orang remaja tidak suka kalah !
Namun begitu , menjadi remaja bukanlah tiket untuk kita tidak bersikap sabar dan hanya mengikut kehendak hati dan angin kita sahaja . Terdapat satu firman yang berbunyi ' Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu , sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar ' . Jika kita rasa kesabaran kita mula menipis , diamkan diri sementara waktu . Bila dan mula tenang , hadapi masalah itu dengan kesabaran . Perkara inilah yang sedang aku praktikkan dalam diri aku sekarang . Alhamdulillah walaupun tidak 100% namun aku berjaya sedikit demi sedikit . Semoga kalian juga boleh memanfaatkan entry aku kali ya . Sekian , assalamualaikum and anyeoonnggg !!
Truth
Antara kebenaran dan pembohongan ,
Dizaman yang semakin canggih ini , aku tertanya-tanya .
Berapakah nisbah perbezaan antara kebenaran dan pembohongan ?
Its 2:8 . Pembohongan telah berjaya mengalahkan kebenaran . Hahaha .
Mengapa dunia sekarang makin senang menyebarkan pembohongan berbanding kebenaran ?
Kerana manusia sekarang lebih senang menerima pembohongan berbanding kebenaran .
Kerana manusia sekarang sering lena dibuaikan mimpi-mimpi pembohongan yang mengasyikkan
berbanding kesedaran kebenaran yang sedikit menyakitkan .
Walaupun hati kita memberontak inginkan kebenaran walaupun ianya bakal menyakitkan ,
Tapi kita sendiri tidak dapat menyakal bahwasanya otak kita terus berfikir sebuah pembohongan yang akan melegakan hati kita .
Mengapa kita menolak sakitnya kebenaran sedangkan sebenarnya indahnya pembohongan itu tidak lama ?
Mengapa kita benci fakta kebenaran dan menerima khayalan pembohongan ?
Ianya kerana sudah hilangnya sikap redha dalam diri kita .
Mengapa Allah mengatakan Sabar itu separuh dari pada iman ?
Kerana jika tiada sabar hilanglah kewarasan akal kita .
Jika kita tidak sabar menerima pahitnya kebenaran maka kita akan mati dalam kesamaran pembohongan yang tiada kesudahannya .
Aku juga pernah dibohong dan berbohong ,
Aku juga pernah menolak kebenaran kerana benci akan kepahitannya ,
Kerana aku sering dimanjakan dengan dunia khayalan yang dicipta dengan pembohongan .
Kini , berkat bantuan bekas roomateku , doa ibu bapaku dan hidayah dari Allah .
Aku mula belajar menerima kepahitan kebenaran ,
Tetapi satu yang aku baru sedar , pahitnya kebenaran tidak kekal lama kerana ianya akan berubah menjadi suatu kemanisan yang berkekalan .
Sedangkan kemanisan pembohongan ?
Ianya hanya kekal selama kebenaran masih belum terbongkar .
P/S saya , think twice before you did or say anything .
Terlajak perahu boleh diundur bro !
NICE
Assalamualaikum and a very good night , peeps . First of all , aku nak tanya apa definisi nice ataupun baik pada pendapat korang ? Bagi aku , nice is when somebody serve us as perfect as we want . Apa kita nak , dorang buat . Apa dorang buat tak akan menyakitkan hati kita . Mesti korang fikir benda yang sama kan ? Selalunya BAIK ni mesti bersangkutan dengan benda yang good-good je . Orang akan cakap " Eh , dia tu baik taw sebab selalu tolong aku buat kerja sekolah " tapi pernah tak korang dengar " Eh dia tu baik taw sebab semalam dia tak nak tolong aku time tayar beskal aku pancit " pernah dengar tak ?
Kalau ada pun maybe dorang perli sahaja . Wahai saudaraku , fahamilah hakikat hidup dimana bukan semua orang akan melayan kita sebagaimana yang kita harapkan . BAIK itu mempunyai pelbagai maksudnya sendiri yang mungkin akan berubah mengikut keadaan .
Malam ni aku nak cerita pasal satu kisah , yang watak utama dia ni aku namakan sebagai Enot .
Enot , gadis remaja yang biasa . Sama seperti kawan-kawannya yang lain . Sejak kecil dia didik dengan ayat ' Biar orang buat kita , jangan kita buat orang' . Dalam persahabatan Enot sering mencuba sedaya upayanya untuk memuaskan hati kawan-kawannya yang juga kadang kala banyak membantunya . Jika ditegur , dia menerima . Jika dimarah , diredha . Jika bergaduh , dia mengalah . Namun , seperti tadi dia juga gadis biasa yang inginkan kehidupan normal seperti orang lain . Baginya sahabat adalah yang terbaik untuk didamingi .
Namun dia tidak sedar satu perkara , sahabatnya juga seorang manusia . Mereka tidak sempurna , kadang kala baik , kadang kala tidak . Mereka juga tidak sepenuhnya boleh menerima kekurangan kita. Bergitu juga Enot . Kehidupan barunya telah mengajar dia untuk lebih berdikari , dimata orang lain dia kelihatan agak kejam kerana dia sedikit menjauh dari sahabatnya yang pada mata dunia sering berlaku baik pada Enot . Namun manusia dan dunia tidak pernah menyelami apa yang Enot rasa dan hadapi . Sahabatnya juga mungkin tidak sedar akan kesalahan yang mereka sendiri lakukan .
Enot mengambil jalan mudah dengan memaafkan sahabatnya , melupakan semuanya dan memulakan hidupnya yang baru . SENDIRI . Bukanlah bererti dia bagai kacang melupakan kulit . Tapi dia mahu berhenti menyakitkan hati hamba allah yang lain . Ah , manusia . Mereka tidak pernah mengerti dan cuba memahami apa yang terjadi . Mereka tidak suka menyiasat tetapi suka membuat kesimpulan .
Ini je aku nak kongsi malam ni , sekadar meluang masa yang kosong . Tiada niat mahu menyakiti hati sesiapa . Cukuplah Allah sebagai penemanku . Assalamualaikum and anyeeongg . hehew .
Hum ?
When i turned into somebody else , all of 'them' keep asking my why , and why and why ? Do i have a problem ? Do i fight with somebody ? Do i sick ? When they asking me with that messy ques , i keep looking at theirs face . And asking back to myself " Are they really cared about me or they just curious ? "Oh Ya allah , they just annoy me .I wish i could say this to them " Hey , you ! Cant you stop taking part of my life when you doesnt even care about it . You are really annoy me dude ! " But ?
Nahhhh , i just dont want that messy people to messy with my life . So i just simply answered them " Its nothing . " and then kick them out from my scene of life .
Pain
Ehem , ehem .. Assalamualaikum . Entry kali ni aku nak cite pasal sakit , kesakitan and the gang . Nak dijadikan cerita , pagi tadi aku bangun lebih awal dari selalu . Mungkin semangat nak pergi kelas ke apa , tah lah . Aku bangun pukul 6.30 am . Buka Tv3 , ada motivasi pagi dan aku pun dengarlah dan turut termotivasilah pagi tadi .
Sakit . Kepayahan . Kita pasti akan melalui benda tu sebelum kita mencapai kesenangan ataupun kejayaan . Tapi 9/10 orang pasti akan mengeluh dan menbebel . " Ish kenapalah banyak sangat dugaan aku nak berjaya ni . " mcm nilah lebih kurang ayat dia . Mesti akan jadi macam ni , sebab aku pun selalu rasa mcm tu . Tapi sedar tak kita , dari zaman rasulullah dahulu lagi , mereka hanya akan mencapai kejayaan selepas mengharungi beberapa dugaan dan halangan . Para-para cendikiawan merasa kepayahan sebelum berjaya mencipta nama .
Cuba kita renung sejenak , apa yang kita rasa dan lakukan sewaktu kita sakit atau dalam kesusahan ? First of all mesti kita ingat Allah saw kan ? Walaupun kita bukanlah orang yang alim , confirm Allah saw lah yang pertama akan terlintas dikepala kita bila dalam kesusahan . Contoh bila kita tersangkut dalam jem , ayat apa yang keluar dari mulut kita ? ' Allah , jammed lah pulak ! ' see ? Am i right ? Hahaha . Sebenarnya sakit atau kepayahan ini diberikan kepada kita bersebab . Kita itu diuji oleh-Nya kerana mungkin kita sudah lama tidak menunaikan solat atau berdoa kepada Allah . Pasti Allah rindu mendengar rintihan kita . Oleh itu , bersyukurlah kerana anda diuji , itu tandanya allah masih sudi dan mahu mendengar doa dan rintihan anda semua .
Sakit dan kepayahan adalah dua benda yang sama , dimana apa bila benda itu terjadi pada kita ia akan membuat kita lebih rapat dengan Allah saw . Satu yang aku belajar dari kehidupan ini . Serapat mana pun kita dengan hamba Allah yang lain , disaat kita sakit , susah dan jatuh . Hanya Allah yang akan berada dengan kita . Oleh itu bersyukurlah kerana anda sakit . Bukan nak jadi ustazah , tapi ianya fakta kehidupan . The end , anyeonngg ! HAhahahaha .
Me , me , me !
Assalamualaikum . Hey peeps , aku selalu update entry pasal benda-benda merapu yang aku fikir right ? Hmm , malam ni tangan aku tetiba rasa gatal nak buat entry pasal diri sendiri pulak . Hahahaha . Kepada sesiapa yang tak nak baca sila move ke entry selanjutnya atau lebih mudah tekan 'x' kat atas tu ye . Hehehe .Ok , as korang semua tahu aku ni simple je orangnye . Aku ni suka berfikir dalam diam . Dan kadang-kadang aku suka mengulang apa yang orang kata dalam otak aku to feel what ist like to talk like that . Hahaha weird right ? Ade aku kesaa ??
Aku ni tak suka bersahabat baik , cukup sekadar teman biasa . Korang pun boleh tahu sendiri apa sebabnya berdasarkan entry aku yang lepas-lepas kan ? Tak ingat , yang inilah ... Bagi aku Sahabat baik ni menyusahkan , cukuplah dah ada mak and adik-adik aku yang jadi sahabat baik aku . Hmmm , aku pernah bersahabat baik . Thats why i say ianya agak menyusahkan . Bagi aku lah , bagi korang manalah aku tahu kan ? Bila bersahabat baik , kita mesti dan harus menjaga hati antara satu sama lain . Tapi memang tidak dinafikan kadang kala kita kena abaikan perasaan kita sendiri demi menjaga hati sahabat baik kita tu , aite ? Huh , its tiring . Tetapi kalau sekadar berkawan ianya amat menyeronokkan . Kita jumpa sekali sekala , bergila sesama , tangkap gambar , buat kenangan , then balik buat hal masing-masing . So hanya kenangan manis yang masin tersimpan untuk kita saling mengenangi . Berkawan ni tak payah berkepit 24 hour , so senang . Susah nak gaduh . Lau bersahabat baik ni , kalau boleh mandi pun sekali . Sebab tu kerap gaduh . ergh ! Ini pendapat aku je kay , jangan ada yang terasa pulak .
Ok , second . Aku ni agak selfish juga taw . Ni salah satu sebab aku tak suka bersahabat baik . Hahaha . Aku sebenarnya nak jadi selfish tapi dalam masa yang sama aku taknak jadi terlampau selfish . Pening kan ? Aku pun . Hahaha . I love myself more than i love boyfriend . Sebab tu sampai sekarang tak ada lelaki yang melekat kat aku . Hahaha . I love eat , but really hope my slim body will not turn into a monster one day ! I love travelling around the world , alone . Making news friends . Eat new foods . I love to cook , i really do ! Its make me feel like my mother . Hahaha . I love taking picture and puji diri sendiri . Tapi bukan selalulah , takut riak . Hahaha . And i love to look at myself at the mirror . Sebab kadang-kadang aku rasa aku comel tapi kadang kadang aku rasa aku hodoh . Hahaha . And selalunya dalam kebanyakan drama , aku lebih memilih watak jahat berbanding watak baik . Nak tahu kenapa ? Hahhhh adalah . Thats all yah , anyeonggg !!
Fathers
Assalamualaikum and still selamat hari raya . Okay , depend on that picture you must know this entry aku akan cite pasal Father . Tak semestinya kena Father's Day baru kita boleh and should cite pasal abah kita kan ? Ok , aku ada Father or i used to called him ABAH . Hes the special one , one in a million . For sure semua orang fikir abah dorang pun macam tukan ?
Masuk entry kali ni . Why is it that you hardly ever see mothers throwing their children in the air ? Its because kebanyakan emak risau akan keselamatan anak-anak mereka . Mereka risau sekiranya anak mereka dilemparkan ke udara anak mereka ada kemungkinan akan terjatuh jika mereka cuai atau gagal menyambutnya . Mereka juga risau jika anak mereka akan ketakutan jika dilakukan sebegitu . Namun berbeza untuk seorang bapa .
Father are special , why there are ? Hanya bapa yang berani melampungkan anak mereka di udara . Kenapa mereka melakukan itu ? Kerana mereka mahu anak mereka berani mencuba sesuatu yang baru tanpa ragu-ragu . Mereka mahu anak mereka berani menghadapi ketakutan sendiri . And the one important things , why fathers dare to that kerana hanya mereka satu-satunya manusia yang akan menyambut kita ketika kita terjatuh .
Tapi dalam family aku , mak or abah aku dua-dua suka melampung kami keudara . Kerana mereka lah satu-satunya orang yang sehingga kini menyambut aku adik beradik jika kami terjatuh . Alhamdulillah . Oleh itu hargailah mereka selagi mereka ada . byebye
Realiti 👍👀
Dunia dan manusia adalah sangat sinonim . Dan manusia didunia ini mempunyai satu tabiat yang agak sukar dibuang . Iaitu bertanya , bertanya dan bertanya . Mereka bertanya tanpa mahu memikir sendiri jawapan untuk soalan mereka . Mereka hanya menggunakan otak mereka untuk memikir jawapan yang mudah . Such as , kenapa dia buat macam tu ? Dia ni tak de otak ke ?tak sayang nyawa ? EEe sapa lah mak bapak dia ni ? Tak diajar ke ? soalan2 yang sering kedengaran . Ada banyak lagi , tapi aku malas nak tulis .
Tapi pernah tak anda melihat mereka berfikir . Oh mungkin dia buat tu untuk mencari duit . Oh , rupanya dia terjatuh . Oh dia tersilap amik barang . Dan pelbagai lagi kemungkinan berlakunya sesuatu perkara itu . Ya mungkin ada segelintir masyarakat malaysia ni yang berfikir . Tetapi lebih terjurus kepada fikiran negetive . Kerana berfikiran negetive adalah lebih mudah dari memikir perkara yang positive . Contohnya , Eee perempuan ni lahirkan anak luar nikah , ni mesti pergaulan bebas sangat . Suka sama suka letew . mesti ramai yang suka buat kesimpulan mcm tu , aite ? Tapi pernah tak kita fikir , ya allah nasib baik dia tak gugurkan kandungan tu or bunuh bayi tu . mungkin dia dirogol , atau mungkin dianiayai .
Mesti jarang kan ? Sebab bila kita berfikiran negetive kita merasa puas kerana merasakan diri kita lebih baik dari mereka . Jika kita berfikir positive ianya tidak dapat memuaskan hati kita . Kita akan terus berfikir dan berfikir hingga ke sudah .
The conclusion here is , dont easily jump into conclusion if you dont know the real story . Sometimes you only know the title not the story . Jika ada orang yang terasa lagi dengan entry aku kali ni , tak tahu lah nak cakap apa . Hahaha . Annnyeongg . Fikir2 kan lah . Aku juga tidak sempurna tetapi aku mencuba mencari kelemahan aku dan perbaikinya . Tapi aku tahu Mereka tak akan berhenti bertanya , menyoal dan menpertikaikan setiap perbuatan aku . Tidak mengapa , teruskanlah sikap prihatin anda itu . Kerana ia langsung tidak mengotorkan hidup aku yang dikelilingi oleh orang yang sentiasa menyokong dan menyayangi aku di setiap tindakan aku . Tak suka , bole angkat kaki . byebyebye
Erghh !
Disini aku nak membuat luahan sikitlah , buat sikawan yang macam cawan tu . Kira nak menyedok je . HAHAHA .
Dear feghennsss ,
Dont always expect me do be good to you , i'm not an angel . Ada masa aku jadi baik dan ada masa aku jadi jahat . Ada masa aku bergurau dan ada masa aku serious . Jangan harap aku untuk sentiasa melayan kepala anda dan jenaka anda yang kadang-kadang menyakitkan hati tu dan segala pergerakkan anda yang sesuka hati menyakiti aku . Kadang-kadang boleh lah aku sabar , tapi ada masa rasa macam nak bagi pelempang pun ada . Jika anda fikir anda seorang panas baran , anda belum kenal lagi dalaman saya . Bukan panas baran anda je yang harus aku layan . Manja anda ? uh ! I'm not your parents lah yang nak melayan semua kerenah dan keinginan anda !
i might be always gelak-gelak dengan anda , bergurau macam rapat gituuww . Tapi ketahuilah aku tahu apa yang kau buat belakang aku ! I know what you did last raya gituww , hehew . Anda boleh berterusan berlakon bagai anda seorang yang penyayang dan ikhlas tulus haktuihhh , tapi perangai anda yang 'hangit' itu sudah pun bocor pada aku . Disebabkan kehadiran anda tak ada lah berapa penting dalam hidup aku , jadi aku ambil keputusan untuk melupakannya . aipp , but bukan bererti aku percaya kan kau balik . Lama kelamaan kau akan perasan jarak yang aku cuba bina antara kita . bak kata ali baba bujang lapok , untuk keselamatan diri ! hehew .
Aku tahu anda agak terkejut kadang-kadang dengan perlakuan aku kan ? Hahaha , dont worry tu baru sikit . Nampak macam jahatkan ? yes it is , and yes i am . i have to survive too , pegheennss . Sekian wabillahitaufiqwalhidayah , assalamualaikumwaramatullah . hehehew , anyeeoonnggg !
Its happen
Assalamualaikum . hm .. Waktu first time aku dapat tahu aku dapat masuk Politeknik seberang perai , satu perkara sahaja yang terlintas dekat kepala aku . How can i survive without my parents ? My family ? How can i live my life there with strangers ? I've begun to regret , i asked Allah why he did this . Kenapa aku tak ditakdirkan dapat poli yang dekat supaya aku boleh balik setiap hari . But i know , i just cant stay out of it . Demi masa depan aku , aku kena juga pergi belajar dekat sana . Mungkin kejayaan dan masa depan aku disitu ! Dan disana juga aku belajar menghargai mak , abah dan adik-beradik aku yang sentiasa menyayangi aku selama ni .Bila dah masuk poli , macam-macam benda baru yang aku hadapi . Masa tidur aku yang semakin berkurang , masa rehat dan belajar yang tidak teratur . Kadang-kadang pergi kelas lambat . Barang kena curi . Paling tragis dapat kawan palsu yang sungguhnya menduga iman aku ! Aku mula mempertikaikan kembali percaturan-Nya . Kenapa kau izinkan semua ini terjadi jika disinilah ternyata kejayaanku tertulis . Dahlah aku datang belajar situ tak berapa ikhlas , lepas tu diduga pulak dengan benda macam ni . Its not fair ! But then , i realize . Allah swt wants to show me how is 'WORLD' , disebabkan dekat rumah aku asyik terperap je dalam rumah so i dont know world . Kenal hanya melalui google , fb , insta , wechat and all . Allah ingin aku mengambil iktibar dari apa yang terjadi dalam hidup aku disitu supaya aku tidak akan melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang .
Aku belajar untuk redha dengan ketentuaan Allah swt , cuma satu pintaku . Semiga allah permudahkan perjalan hidupku disitu supaya aku dapat bertahan dan mencapai kejayaanku sendiri . InsyaAllah . Bye-bye .
Bersendiri bukan menyendiri
Assalamualaikum dan selamat hari raya . Rasanya masih sempat aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin , kan ? Hehew . Ok back to the topic ! Aku nak tanya , pernah tak korang rasa dalam ramai-ramai kawan korang tak ada seorang pun yang tak membosan kan atau dalam erti kata lain korang rasa bosan bila sembang dengan dorang padahal sebelum ni tak pun . Atau pun normallah orang cakap , korang dikerumuni ramai kawan yet korang rasa kesunyian . Mesti pernah kan , kan kan ?
Aku pun pernah . Sedihkan bila kita rasa macam tu , time tu kita rasa macam nak lari jauh-jauh atau yang selalu aku lakukan ialah tidur . Aku kalau boleh nak tidur je supaya aku tak perlu berhadapan dengan dorang . Tapi mak aku cakap umur aku yang sekarang ni bukanlah masa untuk aku lari dari masalah macam aku selalu buat tu . Hehe , sekarang masa untuk aku faced the problem !
Aku sejak sem 1 , eh bukan memang sejak dulu aku selalu rasa macam tu . Lebih-lebih lagi time sem 1 . Tapi aku tak jumpa jalan keluar untuk masalah tu , thanks to my ex roomates yang mengajar aku macam-macam yang menyedarkan aku akan sesuatu hakikat . kadang-kadang kita perlu bersendirian , bukan untuk menyendiri atau bersunyi tetapi untuk enjoy masa terluang kita dengan menjadi diri sendiri , mengutamakan diri sendiri , memuaskan hati sendiri , menghargai diri sendiri dan semua tentang diri sendiri . Bila berkawan kita mesti kena jaga setiap perilaku dan kata-kata kita kerana risau akan menguris hati mereka , kan ? Tapi sampai bila ? Adakah mereka juga menjaga hati kita setimpal bagaimana kita menjaga hati mereka ? Pasti tidak , kerana tiada siapa sempurna . Kawan-kawan kita bukan malaikat , mereka juga manusia seperti kita .
Jadi rasanya tak salah kalau kita meluangkan masa hanya untuk diri kita sendiri . Duduk sorang-sorang , pergi tempat yang mengembirakan atau menenangkan . Hargai segala nikmat yang Allah swt dah beri pada kita . Pujilah diri anda sendiri kadang kala , jangan selalu takut jadi riak . hehew . Berbangga dengan apa yang anda ada . Hargai nikmat hidup dengan diri anda sendiri . Dan yang paling penting , berhenti membeza-bezakan hidup anda dengan hidup orang lain . Bak kata L'oreal kerana dirimu bergitu berharga . Hargailah diri anda . The end , annyeeonggg !










“I am awfully greedy , I want everything from life. I want to be a woman and to be a man, to have many friends and to have loneliness, to work much and write good books, to travel and enjoy myself, to be selfish and to be unselfish… You see, it is difficult to get all which I want. And then when I do not succeed I get mad with anger.”
“This is how you do it: you sit down at the keyboard and you put one word after another until its done. It's that easy, its like you throw your feeling towards your finger ”